Tuesday, March 21, 2023
21.6 C
Brunei

-

NZ hulur bantuan kemanusiaan kepada Turkiye, Syria

WELLINGTON, 7 FEB – New Zealand akan segera menyediakan bantuan sokongan kemanusiaan kepada mereka yang terjejas akibat gempa bumi dahsyat di Turkiye dan Syria, kata Menteri Luar, Nanaia Mahuta hari ini.

“New Zealand amat sedih atas kehilangan nyawa serta kemusnahan yang berlaku akibat gempa bumi ini,” katanya.

Kerajaan New Zealand membuat sumbangan awal sebanyak AS$950,000 kepada Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC) di Turkiye dan
Syria bagi membantu memenuhi keperluan kemanusiaan di sana, lapor Xinhua.

“Sumbangan kemanusiaan kami akan menyokong pasukan Bulan Sabit Merah Turkiye dan Bulan Sabit Merah Arab Syria untuk menghantar barangan bantuan penting, antaranya seperti bekalan makanan, khemah dan selimut serta menyediakan bantuan perubatan bagi menyelamatkan nyawa selain sokongan psikologi,” jelasnya

“Pegawai kami akan terus memantau keperluan kemanusiaan dan membuat penilaian mengenai jenis bantuan selanjutnya,” kata Mahuta.

Melalui IFRC, AS$630,000 akan digunakan untuk Turkiye dan AS$316,172.5 kepada Syria.

Lebih 3,000 orang terbunuh dan beribu-ribu yang lain cedera selepas gempa bumi kuat menggegarkan bahagian selatan Turkiye dan barat laut Syria pada awal Isnin, ketika penyelamat tempatan bergelut dengan musim sejuk yang teruk untuk mencari mangsa yang terselamat di bawah runtuhan.

Sekurang-kurangnya 78 gegaran susulan direkodkan, kata Naib Presiden Turkyiei, Fuat Oktay.

Gegaran itu turut dirasakan di persekitaran Lubnan, Israel dan Cyprus. – Bernama

New Zealand menawarkan bantuan kemanusiaan kepada Turkiye dan Syria yang dilanda gempa bumi. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Paras oksigen kurang punca jutaan ikan mati

CANBERRA, AUSTRALIA, 19 MAC – Berjuta-juta ikan telah mati dihanyutkan di tenggara Australia dalam kematian yang menurut pihak berkuasa dan saintis berpunca daripada paras...
- Advertisment -