Oleh Syahmi Hassan
Gambar serahan Kementerian Kesihatan
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Hanya satu pelanggaran arahan telah didapati semasa sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan di seluruh negara dari jam 12 tengah malam hingga jam 4 pagi tadi.
Kesalahan tersebut adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah, kongsi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.
Pesalah yang didapati di kawasan Daerah Brunei dan Muara itu telah dikeluarkan denda kompaun.