Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu kesan pelbagai kesalahan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan JDBM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Pelbagai kesalahan telah dikesan dalam Operasi Sepadu Senegara yang dilaksanakan oleh Bahagian Perlesenan dan Penguatkuasaan Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) pada 20 hingga 22 Mac lalu.

    Operasi turut melibatkan beberapa agensi penguatkuasaan dari Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBBSB), Jabatan Bandaran Tutong, Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria (JBKBS), Jabatan Daerah Tutong, Jabatan Daerah Belait, Jabatan Daerah Temburong dan Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe).

    Sebanyak 30 kompaun telah dikeluarkan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian, Penggal 30, Pindaan 2021, dengan 21 daripadanya telah dikenakan ke atas syarikat-syarikat manakala itu, sembilan lagi dikenakan terhadap individu-individu.

    Sementara itu, JBBSB dengan kolaborasi Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah mendapati 36 buah kenderaan dipercayai terbiar lama di kawasan-kawasan letak kereta awam dan di bahagian tepi jalan raya tanpa kebenaran sah di kawasan Batu Bersurat, letak kereta awam sekitar kawasan komersial Kampung Menglait dan kawasan Kampung Telanai.

    Enam buah daripada kenderaan tersebut telah dialih ke tapak pelupusan melalui Jawatankuasa Projek Pembersihan Kenderaan Terbengkalai Seluruh Negara. Manakala itu, 30 buah lagi telah dialih sendiri oleh pihak yang bertanggungjawab ke atas kenderaan-kenderaan berkenaan.

    Dalam operasi yang lain, Bahagian Penguatkuasaan JDBM bersama Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) serta Autoriti Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kebangsaan (SHENA) telah membuat serbuan ke atas tempat penginapan pekerja asing di Kampung Mulaut.

    Keadaan semasa serbuan dibuat ke atas tempat penginapan pekerja asing di Kampung Mulaut.
    Pegawai JASTRe semasa meninjau kawasan yang dipenuhi dengan sampah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...