Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Padah buat video prank menakutkan, 17 ditahan

    TEHRAN, 26 JAN – Polis Iran menahan 17 graduan lepasan universiti kerana disyaki merakam prank kandid menakutkan bagi meningkatkan jumlah pengikut media sosial mereka namun ‘mencetuskan panik’ di Tehran, menurut laporan kelmarin.

    Prank menakutkan itu termasuk pembunuhan dan aksi bunuh diri olok-olok serta melontar kek ke muka penumpang menaiki eskalator di metro Tehran, menurut laporan akhbar Iran.

    “Polis menahan beberapa individu yang menghiburkan diri mereka dengan menakutkan orang lain dan mengganggu keamanan serta keselamatan di tempat awam dengan merakam video prank mengerikan di jalan-jalan di ibu kota,” kata ketua polis Tehran, Jeneral Hossein Rahimi kepada akhbar Iran.

    “Kami berjaya menangkap 17 individu yang membuat tindakan salah.”

    Pengarang video di metro Tehran menceritakan mengenai motifnya.

    “Saya mahu membuatkan orang gembira dan meningkatkan jumlah pengikut di laman Instagram saya,” ujarnya kepada akhbar Shahab.

    Tetapi ketua polis siber Tehran, Kolonel Davoud Moazzami meluahkan kemarahan bahawa tindakan golongan berpendidikan itu akan menyebabkan ketakutan awam bagi mendapatkan kepentingan diri.

    “Mereka merakam video kandid untuk menarik pengikut dan menayangkannya di Instagram dan Twitter,” kata Moazzami. “Kesemua 17 individu ditahan merupakan lepasan universiti dan bekerja di syarikat ternama.”- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...