Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Parlimen Israel bubar, pilihan raya 1 November

    BAITULMAQDIS, 30 JUN – Ahli perundangan Israel membubarkan parlimen hari ini, memaksa pilihan raya kelima negara itu kurang dari empat tahun, dengan Menteri Luar Negeri, Yair Lapid dijangka mengambil alih sebagai perdana menteri pada tengah malam.

    Selepas undian sebulat suara 92-0, Lapid memeluk Perdana Menteri Naftali Bennett, yang bertanggung-jawab ke atas gabungan lapan parti yang sukar dikawal telah tumbang akibat perpecahan ideologi.

    Lapid bertukar kerusi bersama Bennett dalam parlimen selepas undian itu, sebelum membuat perhentian di pusat memorial Yad Vashem.

    Pilihan raya baharu telah dibuat pada 1 November menandakan satu lagi petunjuk yang Israel kekal dihambat era sekatan politik yang tidak pernah berlaku dahulu, dengan undian awal menunjukkan keputusan mungkin tidak membawa sebarang kesimpulan. – AFP

    Menteri Luar Israel, Yair Lapid (kanan) dan Perdana Menteri Naftali Bennett semasa berada di parlimen pada 30 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...