Thursday, May 9, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    PBB: Satu bilion hidangan dibuang setiap hari

    PARIS, 27 MAC – Isi rumah di seluruh dunia dilaporkan telah membuang satu bilion hidangan setiap hari pada 2022 dalam apa yang disebut oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) hari ini sebagai ‘tragedi global’ sisa makanan.

    Makanan bernilai lebih AS$1 trilion telah dibuang oleh isi rumah dan perniagaan pada masa hampir 800 juta orang kelaparan, menurut Laporan Indeks Sisa Makanan terbaharu PBB.

    Ia berkata bahawa lebih daripada 1 bilion tan makanan hampir satu perlima daripada semua hasil keluaran yang ada di pasaran telah dibazirkan pada 2022, kebanyakannya oleh isi rumah.

    “Sisa makanan adalah tragedi global. Jutaan orang akan kelaparan hari ini kerana makanan dibazirkan di seluruh dunia,” kata Inger Andersen, Pengarah Eksekutif Program Alam Sekitar PBB (UNEP), dalam satu kenyataan.

    Pembaziran tersebut bukan sahaja kegagalan moral tetapi juga ‘kegagalan alam sekitar’, kata laporan tersebut.

    Gambar Freepik

    Sisa makanan menghasilkan lima kali ganda pelepasan pemanasan planet bagi sektor penerbangan, dan memerlukan penggunaan tanah yang luas untuk penanaman bagi tanaman yang tidak pernah dimakan.

    Laporan itu, yang ditulis bersama dengan organisasi bukan untung WRAP, hanyalah yang kedua mengenai sisa makanan global yang disusun oleh PBB dan memberikan gambaran paling lengkap se-takat ini.

    Memandangkan pengumpulan data telah meningkatkan, skala sebenar masalah juga menjadi lebih jelas, kata Clementine O’Connor dari UNEP.

    “Lebih banyak sisa makanan yang awda cari, lebih banyak yang awda dapati,” katanya kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...