Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Skim ‘Free to Choose’ selamatkan kanak-kanak daripada mafia

    ROM, 27 MAC – Sebuah projek untuk menyelamatkan kanak-kanak daripada mafia terbesar di Itali dengan mengeluarkan mereka dari keluarga gengster sedang diperluaskan kepada kumpulan-kumpulan jenayah terancang di Sicily dan Naples, kata Kementerian Kehakiman kelmarin.

    Skim itu bertujuan menghalang kanak-kanak yang berisiko daripada mengikuti jejak langkah ibu bapa mereka ke dalam dunia jenayah, memutuskan kitaran di mana kuasa yang diturunkan kepada generasi melalui pertalian darah dan kesetiaan keluarga.

    “Ini adalah detik bersejarah dalam usaha menentang mafia,” kata Menteri Kehakiman, Carlo Nordio semasa menyampaikan protokol yang ditandatangani oleh lima menteri dan Persidangan Uskup Itali Gereja Katolik.

    Skim ‘Free to Choose’, diasaskan pada 2012 oleh hakim juvana, Roberto Di Bella di wilayah Calabria, tempat terletaknya organisasi jenayah paling berkuasa di Itali, ‘Ndrangheta.

    Ia kini akan diperluaskan ke dua kubu utama jenayah terancang negara: Sicily, tempat asal Cosa Nostra, dan wilayah Campania, di mana Naples adalah ibu negara – tempat asal Camorra.

    “Ada kanak-kanak yang diajar menembak pada usia lapan tahun. Ada kanak-kanak yang mengedarkan dadah pada usia lapan tahun,” kata Chiara Colosimo, ketua suruhanjaya anti-mafia parlimen.

    Di Bella berkata dia pernah melihat kes kanak-kanak dipaksa membunuh ibu mereka untuk mempertahankan maruah keluarga.

    Namun, beliau juga berurusan dengan kanak-kanak ‘yang masih memiliki harapan untuk kehidupan yang berbeza’. – AFP

    Di Bella melihat bukunya, Liberi di Scegliere (Free to Choose) semasa temu bual di pejabatnya di Mahkamah Juvana di Reggio Calabria, Calabria, selatan Itali. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...