Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Pegawai terima rasuah ditahan

    KOTA KINABALU, 18 MEI – Seorang pegawai kanan di sebuah jabatan kerajaan Malaysia dan seorang pesara kerajaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah bagi membantu siasatan kes menerima rasuah kira-kira RM700,000 daripada sebuah syarikat kilang sawit, hari ini.

    Menurut sumber kedua-dua suspek dipercayai meminta rasuah sebagai balasan untuk melindungi kegiatan pemalsuan pengisytiharan cukai jualan minyak sawit mentah setiap bulan kepada Kementerian Kewangan Sabah (MOF).

    Tindakan kedua-dua suspek telah menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan negeri Sabah dan mereka ditahan pada jam 11 pagi ketika hadir di pejabat SPRM Sabah, kata sumber berkenaan.

    Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

    Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan selama 24 jam untuk siasatan lanjut dan dijangka permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu esok. 

    Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan beberapa tangkapan susulan akan dibuat berhubung kes tersebut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...