Tuesday, May 7, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pekedai disaran lebih bertanggungjawab

    Isu barangan yang melepasi tarikh luput atau yang sudah rosak pernah disuarakan beberapa kali.

    Namun pihak berkenaan terutamanya pekedai, kurang menitikberatkan perkara ini.

    Baru-baru ini saya mengunjungi salah sebuah gedung membeli-belah terkemuka di negara ini untuk membeli beberapa barang keperluan dapur. Ketika itu, saya ingin mencari pasta untuk hidangan malam, namun ketika sibuk memilih jenis pasta, saya menjumpai pasta yang sudah rosak masih dibiarkan di rak jualan dan sempat merakamkan gambarnya.

    Saya memanggil salah seorang pekerjanya dan memberitahu tentang pasta yang rosak itu. Saya menyangka pekerja itu akan memanggil penyelianya yang bertugas pada ketika itu namun rupanya sudah melarikan diri entah ke mana membawa bersamanya pasta tersebut.

    Justeru saya kurang berpuas hati dengan tindakan pekerja itu, saya mencari pekerja lain memaklumkan perkara tersebut dan memanggil penyelia yang bertugas.

    Apa yang menyedihkan, penyelia berkenaan kurang mempercayai gambar yang saya ambil adalah dari kedai berkenaan. Malah dia juga seakan tidak percaya salah seorang pekerjanya sudah lari menyembunyikan diri.

    Nyata di sini pihak pekedai kurang melakukan penyelenggaraan terhadap barangan jualannya.

    Itu baru satu barang yang dijumpai, mungkin terdapat berpuluh-puluh lagi barang lain ada yang rosak namun masih diletakkan di rak jualan.

    Sehubungan itu, diharap pihak relevan tidak hanya memantau harga jualan dan status halal haram malah pentingkan juga tentang keadaan barangan yang dijual khususnya barangan makanan demi keselamatan pengguna.

    Pengguna

    Pasta yang sempat diambil gambarnya oleh penulis yang dikatakan sudah mengalami kerosakan. – Gambar serahan penulis
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...