Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Bekas bintang Celtic bakal bersara

    TOKYO, 18 OKT – Bekas pemain bola sepak antarabangsa Jepun dan bintang Celtic, Shunsuke Nakamura akan bersara daripada bola sepak pada penghujung musim nanti, kata kelabnya hari ini, yang bakal menutup tirai 26 tahun kariernya.

    Pemain posisi tengah yang berusia 44 tahun itu merupakan juara tiga kali Piala Scotland dan pernah bermain di dalam Piala Dunia dua kali.

    “Saya hadapi banyak kesusahan dan kegagalan di dalam karier bola sepak saya yang panjang, namun, kebiasaannya akan ada seseorang yang menyokong dan membantu saya mara ke hadapan,” kata Nakamura di dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yokohama FC.

    “Saya mampu untuk berlawan sebagai seorang pemain bola sepak kerana saya dapat terlalu banyak sokongan,” katanya.

    Nakamura tidak memberi sebarang butiran lanjut mengenai keputusannya untuk bersara, tetapi akhbar sukan tempatan melaporkan ia adalah disebabkan oleh kecederaan pada pergelangan kaki kanannya.

    Shunsuke Nakamura bakal bersara sebagai pemain bola profesional pada usia 44 tahun. – ANN/The Japan News.

    Terkenal dengan hantaran kaki kiri yang berbahaya, memori dia di Glasgow masih segar di ingatan, di mana tendangan percumanya telah membantu Celtic mengalahkan Manchester United di Liga Juara-Juara pada tahun 2006.

    Selepas empat tahun bermain dengan Celtic, dia menyertai Espanyol buat seketika pada tahun 2009, sebelum pulang semula ke kelab lamanya, Yokohama F Marinos dalam Liga Jepun.

    Nakamura dikira sebagai perintis yang membuka jalan buat pemain-pemain Jepun di Eropah dan Celtic ketika ini mempunya empat pemain Jepun.

    Dia bermain untuk Jepun sebanyak 98 kali, dengan rekod jaringan sebanyak 24 gol.

    “40 tahun sudah berlalu sejak saya mula menendang bola di tadika,” kata Nakamura.

    “Pada mulanya saya bermain bola untuk suka-suka sahaja. Tetapi ia telah menjadi pekerjaan saya dan saya telah menghabiskan masa selama 26 tahun sebagai pemain bola profesional.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...