Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Peluang raih ilmu melalui Program Khidmat Akademik UNISSA

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 JULAI – Orang ramai berpeluang menambah ilmu pengetahuan berhubung usaha membangunkan pendidikan sains melalui Program Khidmat Akademik yang dikendalikan oleh Pusat Kepimpinan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Kuliah percuma bertajuk ‘Membangunkan Pendidikan Sains ke Arah Negara Zikir’ itu akan diadakan pada 6 Ogos depan bermula pukul 9:30 pagi hingga 11 pagi melalui platform secara dalam talian, Zoom Webinar.

    Kuliah itu akan disampaikan oleh Ketua Unit Hal Ehwal Antarabangsa, UNISSA, Dr Mohammad Hilmy Baihaqy bin Haji Awang Yussof.

    Orang ramai yang ingin mengikuti program tersebut bolehlah melayari pautan https://us06web.zoom.us/j/85608416646 (passcode: UNISSA).

    Bagi pertanyaan lanjut, bolehlah layari laman sesawang www.unissa.edu.bn atau menghantar e-mel, C4L@unissa.edu.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...