Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pemangku presiden Sri Lanka isytihar darurat

    COLOMBO, 18 JULAI – Pemangku Presiden Sri Lanka Ranil Wickre-mesinghe mengisytiharkan darurat di seluruh negara berkuat-kuasa Isnin, lapor Xinhua.

    Notis perisytiharan khas menyatakan Wickremesinghe mengumumkan darurat demi kepentingan keselamatan awam, melindungi ketenteraman awam dan penyelenggaraan bekalan dan perkhidmatan penting untuk kehidupan masyarakat.

    Perintah darurat khas itu akan membolehkan tentera memberkas dan menahan suspek dan presiden akan merangka peraturan yang akan melangkaui undang-undang sedia ada untuk menangani sebarang kekacauan.

    Polis dan tentera sudah pun mempertingkatkan keselamatan menjelang pemilihan presiden bagi sepanjang baki penggal Rajapaksa yang berakhir pada November 2024.

    Parlimen Sri Lanka dijadualkan memilih presiden baharu pada 20 Julai selepas Gotabaya Rajapaksa meletak jawatan dan melarikan diri ke Singapura melalui Maldives, di tengah-tengah krisis ekonomi yang teruk di negara Asia Selatan itu.

    Pencalonan untuk jawatan presiden akan diadakan pada Selasa.

    Pencalonan Wickremesinghe mendapat sokongan daripada parti presiden yang digulingkan, parti Sri Lanka, Podujana Peramuna (SLPP). – Bernama/AP

    Budak perempuan menunjukkan tangan mereka yang dicat dengan mesej ‘Ranil go home’ merujuk kepada pemangku presiden, Ranil Wickremesinghe di tapak protes di Colombo, Sri Lanka. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...