Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pencapaian pelajar terus dihargai

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan SR Haji Mohd Salleh

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Dalam menghargai segala pencapaian murid dan guru-guru sepanjang tahun, Sekolah Rendah (SR) Haji Mohd Salleh, Sungai Hanching, Kluster 2 telah menganjurkan Majlis Konvokesyen Tahun 6 dan Penyampaian Hadiah Murid Terbaik 2022 di Dewan Kemasyarakaran 1, Kampung Perpindahan Lambak Kanan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian sijil tamat pengajian peringkat rendah kepada lebih 40 murid Tahun 6 dan 36 murid penerima hadiah galakan itu ialah Pegawai Kluster 2, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Ali bin Naim.

    Guru Besar SR Haji Mohd Salleh, Dayang Nazrah binti Haji Abdul Samad dalam ucapan alu-aluannya mengongsikan yang pihak sekolah sedang membuat perancangan untuk menjalankan program Go for Green bagi membantu murid-murid yang berada dalam kelompok kuning yang perlu dilonjakkan kemajuan mereka pada tahap yang lebih tinggi melalui kaedah interventsi, pengukuhan dan penilaian yang bersesuaian.

    Majlis berkenaan turut diserikan dengan persembahan-persembahan khas antaranya Syair Nasihat yang disampaikan oleh murid rendah atas dan nyanyian berjudul Guruku Harapan Negara didendangkan oleh murid Tahun 6.

    Awang Ali bergambar ramai bersama murid-murid pada majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...