Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Piala Dunia mampu ubah senario bola sepak Australia

    DOHA, 29 NOV – Jurulatih Australia, Graham Arnold berkata pada hari ini persembahan mantap pasukannya di Piala Dunia Qatar mampu meletakkan bola sepak di peta Australia serta menyatupadukan negara.

    Australia berada di ambang untuk mara ke kelompok 16 terakhir buat kali kedua dalam sejarah mereka, yang menyamai pencapaian ‘generasi emas’ pada tahun 2006.

    Kemenangan ke atas pasukan separuh akhir Euro 2020, Denmark pada Rabu akan melayakkan tempat buat Australia dalam pusingan kalah mati namun keputusan seri juga sudah mencukupi.

    Arnold mengatakan bahawa untuk negara yang gilakan sukan seperti Australia, skuad Socceroos telah menyatupadukan negara tidak seperti pasukan kebangsaan yang lain.

    Arnold menyatakan kemenangan 1-0 ke atas Tunisia telah meletakkan Australia di kedudukan yang selamat seperti Perancis dalam Kumpulan D.

    Namun, bercakap sebelum aksi menentang Denmark, Arnold mengingatkan,”Mengukir senyuman warga Australia satu kali tidak mencukupi, mari kita lakukannya lebih banyak lagi.”

    Arnold juga melihat kepada perspektif yang lebih besar dan apa yang Piala Dunia kali ini dapat lakukan terhadap populariti bola sepak di Australia. – AFP

    Graham Arnold semasa sidang media di Pusat Konvensyen Kebangsaan Qatar (QNCC) di Doha. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...