Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pendaftaran peperiksaan dibuka

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Bahagian Peperiksaan, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), dalam kenyataan yang dikeluarkan, memaklumkan bahawa pendaftaran bagi menduduki peperiksaan-peperiksaan Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB), Sijil Tinggi Pelajaran Ugama Brunei (STPUB) dan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) bagi tahun 1443H / 2022M akan dibuka pada 7 Mac hingga 23 April.

    Sehubungan dengan itu, dimaklumkan kepada pengetua-pengetua sekolah menengah Arab, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah serta calon-calon persendirian yang berkeinginan untuk menduduki Peperiksaan SPUB, STPUB dan SSSRU bagi tahun 2022 supaya akan dapat mengambil borang-borang pendaftaran di pejabat Bahagian Peperiksaan, JPI bertempat di lantai bawah Bangunan KHEU, Jalan Dewan Majlis, Berakas semasa waktu pejabat.

    Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan telah membukakan pendaftaran Peperiksaan Sijil Perdagangan Brunei (SPB) bagi bulan Jun 2022.

    Pendaftaran peperiksaan adalah dibukakan kepada calon-calon yang berdaftar di Bahagian Pendidikan Lanjutan (BPL) dan calon-calon persendirian.

    Borang-borang pendaftaran dan keterangan lanjut yang berkaitan dengan pendaftaran bolehlah diperoleh dari Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan semasa waktu pejabat dibuka mulai 7 Mac 2022 hingga 5 Mei 2022.

    Borang-borang pendaftaran yang telah lengkap serta pembayaran bolehlah dihadapkan ke Jabatan Peperiksaan pada hari Isnin hingga hari Khamis mulai jam 8 pagi hingga 11 pagi dan jam 1:30 petang hingga 3 petang dan hari Sabtu, mulai jam 8 pagi hingga 10 pagi.

    Manakala pada bulan Ramadan, mulai jam 8:15 pagi hingga 12 tengah hari dan pada hari Sabtu mulai jam 8:15 pagi hingga 10 pagi.

    Keterangan lanjut bolehlah dirujuk dalam Surat Pemberitahuan, Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan, Bilangan 3/2022. Borang-borang pendaftaran peperiksaan yang telah lengkap berserta dengan dokumen yang dikehendaki hendaklah dikembalikan ke Jabatan Peperiksaan, Kementerian Pendidikan tidak lewat pada 5 Mei 2022.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...