Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Penduduk Tutong siap sedia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    TUTONG, 24 JULAI – Raptai penuh Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong sempena Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 tahun diadakan kelmarin di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Daerah Tutong.

    Hadir bagi memantau raptai tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, selaku pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke-76 bagi Tahun 2022.

    Turut hadir ialah setiausaha tetap, timbalan-timbalan setiausaha tetap, dan pemangku timbalan setiausaha tetap di Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; pemangku pegawai Daerah Tutong dan ahli-ahli jawatankuasa tadbir tertinggi sambutan perayaan ulang tahun hari keputeraan bagi Daerah Tutong.

    Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong akan diadakan pada 26 Julai 2022 ini di tempat yang sama.

    Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk hadir ke majlis ramah mesra di Tutong dikehendaki mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti melakukan ujian ART sebelum hadir dan memuat naik keputusan ART ke aplikasi BruHealth atau menggambar keputusan ART dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing dengan menulis nama, hari, tarikh dan jam.

    Orang ramai juga dimestikan memakai pelitup muka dan digalakkan untuk mensanitasi tangan, tidak bersalam-salaman, sentiasa melaksanakan penjarakan fizikal; dan individu yang mempunyai simptom-simptom seperti demam panas, batuk selesema, masalah pernafasan dan sebagainya adalah dinasihatkan untuk tidak menghadiri majlis berkenaan.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa memantau raptai penuh Majlis Ramah Mesra Bersama Rakyat dan Penduduk di Daerah Tutong.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...