Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Pelancongan berkumpulan ke Singapura disambung semula

    BEIJING, 6 FEB – Pelancongan berkumpulan China ke 20 negara secara rasmi-
    nya disambung semula dan Singapura merupakan antara negara yang tersenarai.

    Tinjauan Kumpulan Media China (CMG) mendapati sektor pelancongan Singapura sibuk membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong China.

    Singapura merupakan negara dengan pendapatan sektor pelancongannya bergantung kepada kedatangan pelancong dari luar negara.

    Sektor pelancongan Singapura dilihat aktif membuat persiapan, mengintegrasi sumber hotel dan katering, menyelaras pemandu pelancong serta mengatur semula pakej pelancongan untuk menyambut kedatangan pelancong China.

    Menurut EU Holidays Singapura, pelancong dari China berminat menghayati adat resam tempatan dan agensinya turut menyediakan pakej menikmati hidangan menarik serta enak di atas bot persiaran.

    Beberapa destinasi pelancongan di Singapura termasuk Zoo Singapura dan Pulau Sentosa menawarkan beberapa pakej yang unik bagi menyesuaikan permintaan pelancong termasuk sarapan pagi dalam suasana perkelahan, pertunjukan haiwan pada waktu malam, pameran karya Vincent Van Gogh dan sebagainya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...