Thursday, May 9, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Pengurus Leeds puji semangat juang pemain

    BRISBANE, AUSTRALIA, 15 JULAI – Pengurus pasukan Leeds, Jesse Marsch kelmarin berkata bahawa dia berpuas hati dengan persembahan pasukannya ketika mereka mengatasi Brisbane Roar 2-1 yang diselajurkan dengan penampilan sulung pemain sayap Colombia, Luis Sinisterra.

    Gol pada separuh masa pertama daripada Daniel James dan Joe Gelhardt menyebabkan kegusaran di barisan pertahanan lawan, sebelum mereka kehilangan sedikit momentum dalam babak kedua namun berjaya bertahan bagi menjamin kemenangan.

    Leeds hanya kekal di liga utama Inggeris musim lalu bagai telur di hujung tanduk, apabila mereka berjaya mencipta kemenangan terakhir 2-1 ke atas Brentford, setelah memulakan perlawanan terakhir di kedudukan tiga terbawah.

    Marsch kali ini turut menjangkakan persembahan lebih baik dari anak buahnya ketika mereka beraksi cemerlang setakat ini dalam aksi pramusim berikutan kemenangan 4-0 minggu lalu menentang Blackpool.

    “Saya merasakan tenaga dan persembahan yang baik untuk kami. Sesuai dengan apa yang kami sasarkan,” kata Marsch, yang menggantikan Marcelo Bielsa yang dipecat pada penghujung Februari lalu.

    Leeds berada di Australia tanpa pemain sayap Brazil, Raphinha, yang memainkan peranan penting dalam membantu mereka kekal pada musim lalu.

    Dia bersedia untuk menandatangani Barcelona selepas kelab itu bersetuju dengan perjanjian dasarnya pada Rabu lalu.

    Leeds juga aktif dalam pasaran perpindahan dengan membeli sekumpulan pemain untuk mencuba dan mengelak daripada mengulangi mimpi buruk mereka pada musim lalu. – AFP

    Pengurus pasukan Leeds, Jesse Marsch memuji persembahan pasukannya ketika mereka mengatasi Brisbane Roar 2-1 kelmarin. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...