Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Saingan jawatan PM beri tekanan kepada Truss

    LONDON, 15 JULAI – Kempen Setiausaha Luar Negara Britain, Liz Truss hari ini menggesa barisan sayap kanan Konservatif untuk bersatu membantu kempennya, ketika lima pesaing yang lain bersedia untuk perdebatan pertama di televisyen (TV).

    Truss berada di tempat ketiga dalam undian terbaharu ahli parlimen kelmarin, dalam proses yang direka untuk mengurangkan jumlah pesaing pada minggu depan kepada dua finalis, yang kemudiannya akan membentangkan kes mereka kepada ahli-ahli parti pada Ogos nanti.

    Bekas menteri kewangan, Rishi Sunak sekali lagi mendapat tempat pertama, diikuti oleh Penny Mordaunt.

    Truss yang merupakan anggota tentera laut simpanan, yang pernah dilantik sebagai setiausaha pertahanan wanita pertama Britain, mempunyai jumlah undi yang baik dengan anggota tetapi kini dikecam kerana kurang pengalaman, pendiriannya terhadap hak transgender dan dakwaan ketidakcekapan dalam pekerjaan kerajaan.

    Semasa bercakap di Sky News, calon dengan undian terendah, Tom Tugendhat mengecam kemelut yang semakin teruk itu sebagai ‘gunting dalam lipatan’, menyeru parti itu untuk memberi tumpuan kepada mentadbir dan memberikan saingan kepada parti Buruh pembangkang

    Truss mendapat sokongan daripada penyokong setia Perdana Menteri Boris Johnson, yang minggu lalu terpaksa mengumumkan peletakan jawatannya sebagai pemimpin Tory dalam menghadapi pemberontakan kabinet yang sebahagiannya diketuai oleh Sunak, berikutan skandal yang berlaku selama berbulan-bulan.

    Sementara itu, Johnson berkata beliau tidak akan terlibat dalam perdebatan politik, manakala penyokongnya turut menentang Sunak, dan menganggap Truss sebagai pencabar berpengalaman yang telah meninggalkan parti barisan sayap kanan kerajaan.

    Tetapi sekarang beliau berdepan dengan cabaran daripada Mordaunt untuk mara ke dua finalis terakhir. – AFP

    Liz Truss semasa melancarkan kempen kepimpinannya untuk menjadi pemimpin baharu bagi parti Konservatif di London. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...