Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Penonton di SIC mampu capai 100 peratus

    SEPANG, 6 FEB – Litar Antarabangsa Sepang (SIC) melihat kemungkinan untuk mencapai kehadiran 100 peratus kapasiti penonton pada Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2022 pada 21-23 Oktober.

    Bagaimanapun Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata kapasiti penuh itu hanya boleh dicapai selepas negara bertukar kepada fasa endemik pada ketika Malaysia menjadi tuan rumah perlumbaan itu pada Oktober.

    “Apabila kita berada pada fasa endemik, COVID-19 akan menjadi perkara biasa.

    “Ia perlu terjadi dahulu. Saya fikir perkara utama sekarang ini pada kerajaan, jika mereka umumkan endemik, saya fikir kapasiti 100 peratus itu berkemungkinan dicapai,” katanya kepada media.

    Azhan menyatakan yang mereka telah mengetengahkan idea tersebut dalam cadangan kepada kerajaan dan turut mengemukakan beberapa cadangan lain, jika ia tidak dapat dilakukan.

    Beliau berkata Malaysia tidak boleh ketinggalan peluang menjadi tuan rumah tahun ini, selepas pandemik itu telah memaksa acara itu dibatalkan untuk dua tahun berturut-turut pada 2020 dan 2021. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...