Tuesday, May 7, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Perang Israel-Gaza ragut 31 nyawa

    BANDAR GAZA, PALESTIN, 7 OGOS – Israel mengebom kedudukan kumpulan Jihad Islam Palestin (JIP) di Semenanjung Gaza untuk hari ketiga berturut-turut hari ini ketika keganasan meningkat, dengan 31 penduduk Palestin terbunuh sementara militan menembak roket pertama mereka di Baitulmaqdis.

    Enam kanak-kanak antara mangsa yang terkorban sejak ‘serangan Israel’ terbaharu bermula pada Jumaat, manakala 275 orang mengalami kecederaan, kata pihak berkuasa kesihatan di kawasan di mana beberapa bangunan ranap dalam pengeboman itu.

    Pertempuran adalah yang paling teruk di Gaza sejak perang 11 hari pada tahun lalu memusnahkan wilayah pantai berkenaan, tempat tinggal kepada kira-kira 2.3 juta penduduk Palestin, dan memaksa warga Israel mendapatkan perlindungan daripada tembakan roket yang dilancarkan.

    Israel meneruskan dengan pengeboman udara ke atas kedudukan JIP, kumpulan sokongan Iran yang disenaraikan sebagai pertubuhan pengganas oleh beberapa negara Barat, dengan kumpulan itu menembak ratusan roket sebagai tindakan balas sejak Jumaat.

    “Saya terdengar bunyi pengeboman sekarang,” beritahu Muhammad Abu Salmiya, pengarah hospital Shifa di Bandar Gaza, kepada AFP. “Setiap minit kami menerima mangsa cedera.”

    Menurut Salmiya, pegawai perubatan sedang merawat mangsa cedera dalam ‘keadaan amat teruk,’ mengingatkan tentang kekurangan ubat dan bahan api untuk penjana.

    Tentera Israel berkata seluruh ‘kepemimpinan sayap tentera JIP di Gaza telah dineutralkan,’ dan Perdana Menteri Yair Lapid berikrar hari ini ‘operasi akan diteruskan seberapa lama mungkin.’

    Israel berkata ia mempunyai bukti ‘kukuh’ menunjukkan roket sesat yang ditembak JIP bertanggungjawab terhadap kematian beberapa kanak-kanak di kawasan utara Gaza Jabalia semalam. – AFP

    Gambar serahan Hollie Dance menunjukkan anak lelakinya Archie Battersbee. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah ditutup di Manipur, India susulan hujan lebat

    NEW DELHI, 6 MEI - Semua institusi pendidikan, termasuk sekolah dan kolej akan kekal ditutup di negeri Manipur, timur laut India sehingga esok berikutan...