Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Laudya umum bersara dari dunia seni

    Masih mengunci mulut berhubung gosip perkahwinannya dengan lelaki dari Dubai, nama pelakon Laudya Cynthia Bella terus menjadi bualan apabila dia tiba-tiba mengumumkan mahu bersara daripada dunia seni.

    Dalam satu kenyataan, Laudya memberitahu dia sudah lama memasang niat untuk meletakkan noktah karier seninya dan memohon peminat terus mendoakan agar dia berjaya dalam kehidupan.

    “Doakan saya. InsyaAllah tiada filem lagi. Semoga istiqamah. Kali terakhir saya berlakon adalah filem Buya Hamka.

    “Memang saya sudah pasang niat, tetapi manusia itu lemah. Semoga Allah membantu.

    “Saya ingin berjaya di dunia dan akhirat. Masih banyak yang perlu saya pelajari dan lalui selepas ini,” katanya seperti yang dipetik dari Liputan 6.

    Untuk rekod, Laudya sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Malaysia iaitu Engku Emran pada September 2017.

    Perkahwinan mereka tidak bertahan lama dan bercerai pada Julai 2020.

    Pengurus kepada Laudya sebelum ini dalam satu kenyataan menafikan dakwaan kononnya dia sudah bernikah sekali lagi selepas sebuah video mula tular di media sosial, baru-baru ini. – Agensi

    Laudya Cynthia Bella terus menjadi bualan apabila dia tiba-tiba mengumumkan mahu bersara daripada dunia seni. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...