Thursday, June 1, 2023
34.6 C
Brunei

    -

    Perbicaraan doping Halep ditangguhkan

    PARIS, 25 MEI – Bekas pemain nombor satu dunia, Simona Halep kelmarin berkata perbicaraan dopingnya yang dijadualkan pada hujung minggu ini ditangguhkan buat kali ketiga oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF).

    Pemain Romania itu digantung sementara pada Oktober lalu selepas diuji positif menggunakan bahan terlarang, roxadustat dan didakwa dengan pelanggaran kedua anti-doping yang berasingan minggu lalu berkaitan dengan penyelewengan dalam pasport biologi atletnya.

    Halep sebelum ini mengadu bahawa ITF membatalkan perbicaraan yang ditetapkan pada Februari dan Mac.

    “Sekali lagi, malam ini, saya sangat kecewa,” katanya dalam catatan di media sosial.

    “Pihak ITF (ITIA) (Agensi Integriti Tenis Antarabangsa) sekali lagi telah menangguhkan perbicaraan saya sebulan kemudian.

    Reaksi Simona Halep semasa kejohanan tenis Wimbledon di London, 6 Julai 2022. – AP

    “Saya telah meminta, seperti yang dinyatakan dalam peraturan anti-doping untuk pendengaran yang cepat: ini hak saya, ia termaktub dalam peraturan,” tambahnya

    Pemain berusia 31 tahun itu mendakwa bahawa pakar mendapati dia secara tidak sengaja mengambil suplemen yang tercemar.

    Halep telah kembali ke kelompok 10 pemain terbaik dunia sebelum dia digantung selepas terkeluar daripada 20 teratas pada 2020 berikutan masalah kecederaan.

    Tetapi juara Grand Slam dua kali itu akan jatuh lebih jauh daripada kedudukan semasa di tempat ke-34 sementara dia menunggu untuk mengetahui bila dia boleh kembali.

    “Bukan sahaja mereka merosakkan reputasi saya, malah sebagai pemain profesional. Itu belum lagi saya tidak bercakap tentang kesannya terhadap kesihatan mental saya,” katanya.

    “Pengabaian terhadap peraturan ITF mengenai perbicaraan segera yang berhak bagi saya, adalah sangat tidak menghormati saya sehingga tak terkatakan lagi,” tambahnya. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Budak 3 tahun maut ditikam di Australia

    SYDNEY, 1 JUN - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dan seorang lelaki berusia 45 tahun kritikal akibat ditikam dalam kejadian yang berlaku...
    - Advertisment -