Thursday, May 9, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Perenang muda Brunei pecah rekod kebangsaan

    Oleh Fadhil Yunus
    Gambar serahan BASA

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 JULAI – Negara Brunei Darussalam melahirkan generasi baharu dalam bakat renang selepas rekod kebangsaan baharu dicipta dalam pelbagai pertemuan di dalam dan luar negara baru-baru ini.

    Perenang remaja perempuan terkemuka negara, Hayley Wong telah mencipta rekod baharu kebangsaan dan kategori kumpulan umur 14-15 tahun perempuan pada Kejohanan Dunia FINA ke-19 di Budapest, Hungary pada bulan lepas. Hayley memecahkan rekod kebangsaan selepas mencatat masa 2:35.48 saat dalam acara 200m gaya kupu-kupu yang sebelum ini disandang oleh Maria Grace Koh.

    Dia mengatasi pendahulunya yang sebelum ini mencatat masa 2:39.86 saat sekali gus menamatkan rekod yang ditetapkan selama 14 tahun tersebut.

    Sementara itu, bakat muda Brunei, Zeke Chan, memecahkan rekod kebangsaan 10 tahun Anderson Lim, dalam aca-ra 200m gaya bebas selepas mencatat masa 2:00.46 saat.

    Dia mengatasi rekod masa Anderson sebelumnya iaitu 2:02.26 saat yang sebelum ini ditetapkan pada Sukan Olimpik di London pada 2012.

    Dengan pencapaian tersebut, Zeke kemudiannya mencipta rekod kumpulan umur baharu bagi kategori remaja lelaki berusia 14-15 tahun.

    Zeke juga mencatatkan rekod baharu kumpulan umur dalam acara 100m kuak lentang selepas mencatat masa 1.01.11 saat dalam Kejohanan Renang Kebangsaan Singapura ke-17 pada bulan lepas.

    Dia mengatasi rekod kebangsaannya sendiri, 1:01.17 saat yang dicatat pada awal bulan lalu dalam Kejohanan Renang Kumpulan Umur Brunei (BAG) ke-29.

    Sementara itu, Persatuan Renang Amatur Brunei (BASA) turut mengadakan pencarian bakat renang Brunei bagi program Pembangunan Renang Remaja di Kolam Renang Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah esok.

    Syarat penyertaan yang ditetapkan termasuk kemahiran menguasai dua atau tiga gaya renang bagi kanak-kanak di bawah umur 10 tahun dan empat gaya renang bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

    Hayley memecahkan rekod kebangsaan selepas mencatat masa 2:35.48 saat dalam acara 200m gaya kupu-kupu yang sebelum ini disandang oleh Maria Grace Koh.
    Zeke Chan, memecahkan rekod kebangsaan Anderson Lim dalam acara 200m gaya bebas selepas mencatat masa 2:00.46 saat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...