Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Perjalanan udara dijangka pulih di Asia

    SINGAPURA, 18 FEB – Perjalanan udara dijangka pulih di Asia ketika lebih banyak negara yang terjejas akibat COVID-19 membatalkan sekatan sempadan dan rantau menyumbang kepada sebahagian besar permintaan pesawat udara dalam tempoh 20 tahun akan datang, kata Airbus hari ini.

    Sementara Amerika Syarikat (AS)dan Eropah telah membatalkan sekatan dan permintaan telah meningkat, Asia masih ketinggalan di belakang, dengan pelancong asing dilarang masuk dan kuarantin mandatori masih dikenakan di kebanyakan negara.

    Bagaimanapun, terbaharu ini, beberapa negara Asia telah mengumumkan mereka sekali lagi akan menerima penumpang antarabangsa yang telah menerima vaksin, memberikan rangsangan kepada negara yang terjejas oleh pandemik koronavirus.

    “Pasaran adalah sukar dalam tempoh beberapa tahun lalu tetapi jelasnya ia sedang pulih,” kata Alexis Vidal, naib presiden untuk pemasaran di Airbus.

    “Maka ia merupakan tempoh yang amat menarik untuk penerbangan,” kata beliau pada Pameran Udara Singapura, acara aeroangkasa terbesar di Asia.

    Filipina telah membuka semula sempadannya kepada pelawat asing yang sudah bervaksin minggu lalu dan Australia mengumumkan ia akan melakukan yang sama minggu depan, sementara Singapura menambah lebih banyak negara kepada senarai perjalanan bebas kuarantinnya.

    Sementara itu Airbus, memetik anggaran industri, berkata lalu lintas udara global dijangka mencecah tahap sebelum pandemik di antara suku keempat 2022 dan suku ketiga 2024.

    Airbus tetap optimistik mengenai rantau Asia, kata Vidal, menambah Asia Pasifik akan menyumbang kepada 42 peratus daripada lebih 9,400 pesawat udara besar dan sederhana yang diperlukan di seluruh dunia dalam tempoh 20 tahun akan datang. – AFP

    Gambar fail menunjukkan logo Airbus di bangunan ibu pejabat syarikat di Saint-Martin du Touch berhampiran Blagnac, pinggir bandar Toulouse. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...