Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Permohonan Malik Tillman pindah ke AS diluluskan

    JERMAN, 1 JUN – Permohonan pemain tengah bagi skuad Bayern Munich, Malik Tillman untuk berpindah dari Jerman ke Amerika Syarikat (AS) telah diluluskan, menurut FIFA kelmarin.

    Tillman, berusia 20 tahun, dilahirkan di Jerman dan mempunyai kedua ibu bapa di mana, bapanya adalah seorang tentera AS dan ibunya berasal dari Jerman. Tillman telah beraksi untuk pasukan bawah 15 tahun AS pada tahun 2016 dan pernah bermain untuk pasukan Jerman beberapa kali bagi peringkat belia.

    Selain itu, pemain tengah Bayern tersebut telah membuat penampilan sulung pertamanya dengan pasukan Bayern Munich pada 14 Disember dan bermain dalam empat liga bola sepak, dua kali beraksi dalam perlawanan Liga Juara-juara dan sekali dalam kejohanan Piala Jerman pada musim ini.

    Sementara itu, jurulatih AS, Gregg Berhalter pernah berkata sebelum Tillman memutuskan untuk memohon perpindahan tersebut bahawa dia adalah seorang pemain yang berkebolehan.

    “Dia memiliki kebolehan untuk menjaringkan gol, tenang semasa melakukan tendangan penalti, mempunyai teknik pengawalan bola yang bagus, seorang pemain yang sangat menarik,” tambahnya. – AP

    Gambar fail menunjukkan Robert Lewandowski (tengah) meraikan bersama Jamal Musiala (kiri) dan Malik Tillman (kanan) selepas menjaringkan gol keempat dalam perlawanan Bundesliga antara Wolfsburg dan Bayern Munich, 17 Disember 2021.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...