Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    PFAM sokong pemotongan tiga mata Perak FC

    KUALA LUMPUR, 4 APRIL – Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) bersetuju dengan hukuman pemotongan tiga mata terhadap Perak FC susulan kegagalan pasukan Liga Premier itu melunaskan baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai bagi musim 2021.

    Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail berkata hukuman itu adalah tindakan wajar apabila Perak FC telah diberikan masa sebelum ini untuk membayar baki tunggakan gaji pada tarikh pertama ditetapkan badan bebas First Instance Body (FIB) iaitu pada 31 Mac lalu.

    Izham berharap hukuman tersebut memberi kesan kepada Perak FC supaya tidak terus mengambil pendekatan ‘lepas tangan’, malah berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji dalam tempoh ditetapkan bagi mengelakkan hukuman sama berulang.

    “Pertama sekali, PFAM menyambut baik tindakan serius yang dikenakan kepada Perak FC, dan MFL (Liga Bolasepak Malaysia) telah mengambil langkah tepat dalam perkara ini. Kami berharap isu tunggakan gaji Perak FC untuk dua kelompok (musim ini dan musim lepas) dapat diselesaikan segera. “PFAM juga telah menghantar aduan bagi tunggakan gaji pemain Perak FC bagi musim 2021 ke peringkat Jawatankuasa Status FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk diperhalusi dengan lebih lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Izham pada masa yang sama berharap hukuman pemotongan tiga mata dikenakan terhadap Perak FC akan menjadi pengajaran kepada kesemua pasukan dalam saingan Liga Malaysia.

    Beliau berkata hukuman tersebut adalah langkah serius bagi menolak sebarang bentuk kejadian sama berulang, selain sebagai amaran kepada pihak pengurusan untuk mempunyai kemampuan dan kelayakan dalam menguruskan kelab. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...