Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    PGIT anjur walkaton sempena Ilal Hijrah

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 28 OGOS – Dengan hasrat menyemai amalan gaya hidup sihat sambil bersilaturahim, Persatuan Gerakan Ibu Tunggal (PGIT) telah mengadakan acara walkaton bersempena Ilal Hijrah 1444 di Padang Balapan, Kompleks Sukan Daerah Tutong, pagi tadi.

    Hadir merasmikan dan menyertai acara tersebut ialah Pemangku Penolong Pegawai Daerah Tutong, Dayang Siti Maisarah Zaliqah binti Haji Awang Ramli yang dialu-alukan oleh Yang Di-Pertua, PGIT, Dayang Norliha binti Awang Haji Besar.

    Dayang Norliha semasa ucapan alu-aluannya merakamkan kesyukuran dengan adanya perkumpulan acara sedemikian ke arah sama-sama mencapai objektif utama untuk memupuk minat bersukan demi kesihatan yang baik secara amnya sekali gus memberigakan lagi persatuan di mata masyarakat di negara ini.

    Manakala Dayang Siti Maisarah dalam ucapan ringkasnya memuji inisiatif PGIT mengadakan acara itu untuk mencapai kualiti kehidupan yang tinggi dan memperkasa kaum hawa persatuan itu, selain menjaga kesihatan yang merupakan aset bernilai kepada seorang wanita dan ibu dalam keluarga bagi menjaga kemaslahatan dan kebajikan mereka.

    Acara turut dihadiri oleh Pegawai Pemerintah Batalion Kedua Tentera Darat Diraja Brunei, Leftenan Kolonel Haji Ezan Sazali bin Haji Osman; Ketua Cawangan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Tutong, Awang Kamil bin Lamat; dan Ketua Cawangan Jabatan Pembangunan Masyarakat Daerah Tutong, Awang Muhammad Ronnie bin Abdullah Labau; pegawai-pegawai kanan kerajaan; dan ketua-ketua kampung serta para pemangku ketua kampung.

    Tetamu kehormat dan ahli Persatuan Gerakan Ibu Tunggal (PGIT) serta orang ramai semasa acara walkaton bersempena Ilal Hijrah 1444 di Padang Balapan, Kompleks Sukan Daerah Tutong, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...