Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Phillips berpindah ke Man City

    LONDON, 4 JULAI – Pemain tengah England, Kalvin Phillips melengkapkan perpindahannya ke juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City dalam perpindahan £45 juta dari Leeds kelmarin.

    City bersetuju dengan bayaran permulaan £42 juta untuk Phillips, dengan £3 juta lagi mungkin ditambah dalam bonus.

    Phillips, yang telah menandatangani kontrak enam tahun dengan pasukan Pep Guardiola, berkata: “Saya benar-benar gembira dapat menyertai Manchester City.”

    Guardiola telah memilih Phillips untuk memperkuatkan bahagian tengahnya selepas pemergian pemain Brazil yang sudah lama berkhidmat, Fernandinho, pada penghujung musim lalu. City merundingkan perjanjian bagi menandatangani Phillips pada bulan Jun sebelum ini dan perpindahan kini telah selesai secara rasmi. Phillips, yang bermula dari barisan remaja di Leeds, berpindah ke Stadium Etihad selepas membuat 235 penampilan untuk kelab kampung halamannya sejak lapan musim lalu.

    “City sekali lagi terbukti sebagai pasukan terbaik di negara ini dengan skuad yang menakjubkan dan pengurus Pep Guardiola yang sepatutnya dianggap sebagai yang terbaik di dunia,” kata Phillips.

    “Untuk bermain di bawah kendalian Pep dan belajar daripadanya serta kakitangan kejurulatihan City sekali gus menjadi sebahagian daripada skuad yang hebat merupakan prospek yang amat saya impikan. – AFP

    Kalvin Phillips melengkapkan perpindahannya ke Manchester City dalam perpindahan £45 juta dari Leeds. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...