Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Piala Asia: Malaysian Tigress raih tempat kelima

    KUALA LUMPUR, 28 JAN – Skuad Hoki Projek Khas Wanita meraih tempat kelima Piala Asia buat kali kelima berturut-turut, selepas menewaskan Thailand 3-0 pada aksi di Kompleks Sultan Qaboos, Muscat, Oman malam tadi.

    Pada aksi penentuan tempat kelima dan keenam itu, Malaysia membuka jaringan pada minit kelima menerusi Nur Afiqah Syahzani Azhar, yang bijak menyambut bola hasil hantaran jauh Nuraini Abdul Rashid menewaskan penjaga gawang Siraya Yimkrajang dalam situasi satu lawan satu. Skuad Malaysian Tigress terus mengukuhkan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh kapten pasukan Juliani Mohamad Din pada minit ke-22.

    Raja Norsharina Raja Shabuddin melengkapkan jaringan menerusi satu lagi pukulan sudut penalti seminit selepas aksi suku keempat bermula untuk mencatatkan kemenangan 3-0.

    Selepas menamatkan edisi 1999 dan 2004 di tempat keenam, skuad negara mengekalkan kedudukan di tempat kelima Piala Asia sejak edisi 2007, 2009, 2013, 2017 dan 2022, manakala pencapaian terbaik adalah kedudukan ketiga ketika edisi sulung pada 1985 di Korea Selatan.

    Bagaimanapun, Malaysia terlepas tiket ke Piala Dunia 2022 kerana hanya empat pasukan teratas daripada lapan pasukan yang beraksi di Muscat, layak ke pentas dunia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...