Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa

    KUCHING, 11 FEB – Pindaan kepada empat perkara di bawah Perlembagaan Persekutuan melibatkan kepentingan Sabah dan Sarawak yang diluluskan Dewan Rakyat pada 14 Disember lepas dikuatkuasakan hari ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam satu Warta Kerajaan Persekutuan telah memperkenankan penguatkuasaan pindaan itu yang melibatkan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan.

    “Apa kami perlukan kami boleh minta kerana ia diperuntukkan dalam perlembagaan. Itulah kesan yang amat besar kepada Sarawak dan Sabah berhubung pindaan perlembagaan ini,” katanya dalam satu sidang media di sini.

    Menurutnya pindaan yang dikuatkuasakan sebagai Akta Perlembagaan (Pindaan) 2022 itu melibatkan  fasal (2) Perkara 1 dan fasal (2) Perkara 160 untuk menjelaskan lagi kedudukan negeri-negeri di Malaysia selaras dengan perkara-perkara yang tersurat dan tersirat dalam Perjanjian Malaysia 1963. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...