Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    PPP ikrar ambil tindakan tragedi Itaewon

    SEOUL, 2 NOV – People Power Party (PPP) yang memerintah Korea Selatan pada Rabu berikrar untuk mengambil tindakan ke atas mereka bertanggungjawab selepas pendedahan menunjukkan bahawa polis tidak bertindak walaupun telah menerima banyak panggilan mengenai tahap bahaya bilangan orang ramai pada malam tragedi Itaewon.

    Wakil Chung Jin-suk, ketua sementara PPP berkata parti itu memegang tanggungjawab ke atas kemalangan yang mengorbankan 156 orang dan akan melakukan segala yang boleh untuk mengelakkan kemalangan serupa daripada berlaku, lapor agensi berita Yonhap.

    “Kami berasa amat kasihan kepada rakyat. … Perlu ada jawapan mengapa polis membuat keputusan yang salah walaupun selepas melawat tempat kejadian empat kali sebelum ini dan mengapa polis tidak mengambil langkah sewajarnya, seperti menghantar skuad,” ia melaporkan Chung sebagai berkata.

    Polis didapati menerima 112 panggilan kecemasan daripada orang ramai yang bimbang tentang kemungkinan berlakunya rempuhan bermula kira-kira empat jam sebelum bencana terburuk dalam sejarah Korea Selatan itu berlaku pada malam Sabtu lepas di Itaewon, daerah hiburan malam yang popular di Seoul.

    Kelmarin, ketua Agensi Polis Negara Yoon Hee-keun mengadakan sidang akhbar dan memohon maaf atas tindakan polis yang ‘tidak mencukupi’ dan berjanji untuk menjalankan siasatan dalaman.

    “Kami bercadang membentuk jawatankuasa khas untuk menyiasat kemalangan Itaewon yang terdiri daripada parti pemerintah dan pembangkang serta

    pakar sejurus selepas tempoh berkabung negara berakhir,” kata Chung, sambil menyatakan kemalangan itu harus dianalisis dengan tepat untuk menyediakan langkah pencegahan yang sesuai dengan undang-undang negara dan sistem pengurusan awam.

    Tempoh berkabung ditetapkan sehingga Sabtu ini. – Bernama

    Orang ramai memberikan penghormatan kepada mangsa tragedi rempuhan di Itaewon. PPP yang memerintah Korea Selatan berikrar untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab terhadap tragedi di Itaewon, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...