Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Presiden Palestin akan hadiri sidang kemuncak Liga Arab

    RAMALLAH, 28 OKT – Presiden Palestin Mahmoud Abbas akan menghadiri sesi ke-31 sidang kemuncak Liga Arab yang dijadualkan berlangsung di Algiers, Algeria pada 1 November, lapor Xinhua.

    Perkara itu diumumkan Abbas semasa pertemuan dengan Mufti Besar Baitulmaqdis dan wilayah Palestin Sheikh Muhammad Hussein di bandar Ramallah, Tebing Barat kelmarin, memetik agensi berita Palestin (WAFA).

    Sementara itu, pegawai Palestin menyeru sidang kemuncak Liga Arab untuk mengambil pendirian tegas berhubung tindakan Israel di Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa serta memberikan sokongan material dan moral kepada penduduk. – Bernama

    Gambar fail: Presiden Rusia Vladimir Putin (kanan) dan Presiden Palestin Mahmoud Abbas semasa pertemuan mereka di luar Sidang Kemuncak Persidangan Interaksi dan Membina Keyakinan di Asia (CICA), di Astana, Kazakhstan. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...