Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Priyanka Chopra mahu cipta nama di Hollywood

    Pelakon, Priyanka Chopra mendedahkan halangan terbesar untuknya mencipta nama di Hollywood apabila terdapat persepsi menganggap lakonannya hanya akan ditonton oleh penonton dari Asia meskipun berjaya menembusi pasaran di Amerika Syarikat.

    Kata Priyanka ramai percaya dia tidak akan berjaya mencipta nama di Amerika namun melihat perubahan besar berlaku dalam tempoh sedekad lalu apabila platform penstriman mula mengambil alih dunia hiburan.

    “Saya rasa dunia penstriman telah merubah segalanya kerana halangan terbesar yang saya fikir akan mengehadkan kerjaya seni saya tidak lagi berlaku.

    “Ia telah menjadi satu perubahan yang besar dan saya sangat berbangga mempunyai rakan-rakan artis yang berjaya berjuang untuk mendapat tempat di Hollywood,” katanya.

    Dalam pada itu, pelakon filem Bajirao Mastani itu yakin dengan masa depan kerjayanya di Hollywood dan percaya lebih banyak peluang yang akan diterima seiring dengan perubahan yang berlaku.

    “Apabila bercakap tentang seni, kami sentiasa berusaha keras dan memastikan lebih banyak peluang tawaran berlakon diterima,” ujarnya.

    Untuk rekod, Priyanka mula membabitkan diri dalam industri hiburan Hollywood selepas mendirikan rumah tangga bersama penyanyi terkenal, Nick Jonas pada 1 Disember 2018.

    Antara filem Hollywood yang pernah dibintanginya termasuk Baywatch, The Matrix Resurrections, Love Again dan We Can Be Heroes. – Agensi

    Priyanka bersyukur semakin diterima di Hollywood. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 48

    BEIJING, 2 MEI - Angka kematian akibat runtuhan lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China telah meningkat kepada 48, kata media kerajaan hari ini,...