Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Program latihan bersama Kemboja dirasmi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – SEAMEO VOCTECH kelmarin, mengadakan Majlis Perasmian Program Latihan Dalam Negara secara maya untuk Kemboja iaitu Menilai
    Pengetahuan: Membangunkan Ujian Bertulis.

    Hadir pada majlis perasmian itu ialah Setiusaha Rendah Kerajaan Kemboja di Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan, Kol Pheng Vadhana; Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar dan Fasilitator Program, Dayang Noorhayati Cynthia binti Abdullah bersama pegawai pengurusan SEAMEO VOCTECH.

    Latihan di SEAMEO VOCTECH, yang menawarkan kursus dalam talian ringkas selama tiga hari itu akan berjalan sehingga 10 Februari dan bertujuan untuk mengasah penguasaan
    33 peserta dalam menilai pengetahuan pelajar.

    Para peserta terdiri daripada fasilitator kurikulum, guru teknikal, penyelia dan kakitangan kerajaan daripada pelbagai pengkhususan termasuk pengurusan pendidikan, kejuruteraan awam, agronomi dan pengurusan perniagaan dari kerajaan Kemboja.

    Awang Alias menerusi ucapannya juga menekankan keperluan untuk mengetahui sama ada pelajar telah memperoleh pengetahuan teknikal yang tersirat dalam objektif prestasi program berkenaan.

    Antara peserta yang hadir secara maya bagi menyertai program latihan yang diadakan oleh SEAMEO VOCTECH.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...