Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Promosi menarik untuk pemegang kad Baiduri Mastercard

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Bank Baiduri dengan kerjasama Mastercard telah melancarkan promosi untuk pemegang kad Baiduri Mastercard, Take Time Out yang berjalan sepanjang bulan ini.

    Promosi berkenaan memberi peluang kepada para pemegang kad Baiduri Mastercard untuk memenangi hadiah utama berupa penginapan tiga hari dua malam berserta sarapan pagi di The Empire Brunei.

    Di samping itu, hadiah lain yang ditawarkan adalah penginapan tiga hari dua malam berserta sarapan pagi di Hotel Radisson serta penginapan  tiga hari dua malam berserta sarapan pagi di Hotel Antarabangsa Rizqun.

    Untuk menyertai promosi tersebut, pemegang kad mesti menggunakan kad kredit atau debit Baiduri Mastercard mereka semasa tempoh promosi.

    Pemegang kad berhak mendapat satu peluang cabutan untuk setiap perbelanjaan minimum.

    Ketua Perbankan Runcit Bank Baiduri, Lim Kian Chiong dipetik berkata, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Mastercard sambil bekerjasama dengan pertubuhan tempatan untuk membawa lebih banyak keistimewaan dan ganjaran kepada pelanggan kami.”

    Selain cabutan bertuah, mereka yang mendaftar untuk kad kredit Baiduri Mastercard baharu akan mendapat pengecualian yuran tahunan selama dua tahun.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...