Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Protes membantah keganasan polis

    WASHINGTON, 29 JAN – Penunjuk perasaan mengadakan protes di seluruh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini selepas polis menyiarkan video mengenai penahanan Tyre Nichols, 29, di Tennessee.

    Beratus-ratus penunjuk perasaan bertindak menyekat jambatan Interstate 55 di Memphis (lokasi penahanan itu berlaku) dan menuntut keadilan atas kematian lelaki berkulit hitam itu pada 10 Januari, tiga hari selepas ditahan.

    Satu perhimpunan diadakan di Times Square di New York City dengan penunjuk perasaan memegang sepanduk bertulis, ‘End Police Terror’ dan melaungkan ‘No justice, no peace’ ketika berarak.

    Sekurang-kurangnya seorang ditahan selepas penunjuk perasaan melompat ke atas kereta polis di Times Square dan cuba memecahkan tingkap, menurut laporan media.

    Di Washington DC, sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di Dataran Lafayette di luar Rumah Putih, menuntut ‘keganasan polis’ dihentikan.

    Presiden AS, Joe Biden meminta orang ramai untuk memprotes secara aman, menggesa mereka ‘tidak melakukan keganasan atau kemusnahan’.

    “Kemarahan boleh difahami, tetapi keganasan tidak boleh diterima,” katanya dalam satu kenyataan sejurus selepas video grafik itu didedahkan.

    Video itu memaparkan lima pegawai Jabatan Polis Memphis melemparkan Nichols ke tanah, cuba menggarinya dan menggunakan senjata renjat (taser) sebelum lelaki itu bertindak melarikan diri tetapi berjaya ditangkap dan dipukul.

    Pegawai berkenaan turut menumbuk, menendang mukanya, menggunakan semburan lada dan belantan terhadapnya. – Bernama

    Penunjuk perasaan mengadakan bantahan di Times Square, New York, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...