Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Puasa tidak halang pemain badminton M’sia mara final

    KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Beregu lelaki muda Malaysia, Wan Arif Wan Junaidi dan Mohd Haikal Nazri membuktikan puasa tidak menjadi halangan untuk mempamerkan aksi terbaik apabila berjaya melangkah ke final Masters Orleans di Perancis.

    Wan Arif dan Mohd Haikal yang berada di ranking ke-103 dunia, mengambil masa 41 minit untuk menyingkirkan pasangan tuan rumah, Eloi Adam dan Julien Maio 21-18, 21-16 dalam saingan separuh akhir berlangsung malam tadi.

    Gandingan muda Malaysia bakal berdepan Ruben Jille dan Ties Van Der Lecq dari Belanda, yang sebelum itu menewaskan pasangan India PS Ravikrishna dan Sankar Prasad Udayakumar 13-21, 21-12, 22-20 dalam satu lagi aksi separuh akhir.

    Sementara itu, Wan Arif mengakui ini adalah kali pertama mereka menyertai kejohanan dalam bulan Ramadan dan gembira berjaya melangkah ke peringkat akhir.

    “Kali pertama bermain dalam puasa jadi kami 50-50 tadi, Alhamdulillah ada tenaga dan mental kuat sampai habis permainan.

    “Pelan untuk final tidak tahu lagi macam mana, kami akan tengok rentak permainan lawan dahulu dan insyaAllah buat yang terbaik,” katanya dalam klip video dikongsi kepada media hari ini.

    Sementara itu, beregu campuran Malaysia, Yap Roy King dan Teoh Mei Xing terkandas di separuh akhir selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Rehan Kusharjanto dan Lisa Kusumawati dengan keputusan 21-16, 21-15.

    Mei Xing mengakui beberapa kesilapan menyebabkan mereka terpaksa akur dengan kekalahan dan berharap berpeluang digandingkan lagi dengan Roy King pada masa hadapan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...