Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Ratu Elizabeth II sambut ulang tahun ke-96

    LONDON, 21 APRIL – Ratu Elizabeth II menyambut ulang tahun ke-96 hari ini, menerima ucapan ‘Selamat Puja Usia’ daripada pancaragam tentera di luar kediamannya di Istana Windsor, selepas setahun dibelenggu dengan isu kesihatan.

    Pancaragam Pengawal Coldstream, dalam pakaian tunik merah dan topi kulit, memainkan lagu penghormatan sebelum tembakan hormat dilancarkan di seluruh negara.

    Namun permaisuri itu – pemimpin paling lama di dunia – menyambutnya secara sederhana, kembali ke estet Sandringham di timur England untuk cuti pendek.

    Tidak ada urusan rasmi yang telah dirancang, walaupun pegawai diraja mengeluarkan gambar pemimpin itu bersama dua ekor kudanya.

    Cucunda Baginda, Putera William dan isterinya Kate menggelarnya ‘inspirasi kepada rakyat di seluruh UK, Komanwel dan dunia.’

    Tradisi diraja sejak abad ke-18 juga telah melihat permaisuri berperlembagaan itu meraikan sambutan ulang tahun kedua, biasanya pada musim panas pada Jun.

    Sambutan hari jadi rasmi pada tahun ini diraikan serentak dengan acara awam selama empat hari dari 2 hingga 5 Jun sempena ulang tahun ke-70 menaiki takhta.

    Pembuat barang mainan AS Mattel mengeluarkan anak patung Barbie baharu Ratu Elizabeth II untuk memperingati Jubli Platinum. – AFP

    Pancaragam Pengawal Coldstream memainkan lagu ‘Selamat Puja Usia’ sempena meraikan ulang tahun ke-96 Ratu Eelizabeth II di Istana Windsor kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...