Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Ribut Nicole bawa kemusnahan

    FLORIDA, 11 NOV – Ribut Tropika Nicole membadai Florida semalam mengakibatkan kebanyakan rumah musnah manakala deretan kondominium tinggi diancam hakisan teruk beberapa minggu selepas Taufan Ian melanda kawasan sama.

    Taufan pertama yang mendarat di Florida dalam tempoh 37 tahun dan ketiga dalam rekod sehingga kini meragut dua nyawa, manakala Ian membunuh lebih 130 orang dan memusnahkan beribu-ribu rumah.

    Walaupun tiupan angin Nicole reda selepas ia mendarat sebagai taufan Kategori 1 kira-kira jam 3 pagi semalam, gelombang ribut yang melanda pantai di komuniti pulau itu menyebabkan beberapa rumah dihanyutkan ke dalam lautan.

    Pegawai di Daerah Volusia, yang terletak di timur laut Orlando, berkata pemeriksa bangunan mendapati 24 hotel dan kondominium di Daytona Beach Shores dan New Smyrna Beach sebagai tidak selamat dan mereka diarah berpindah.

    Beliau berkata kebanyakan jambatan ditutup kepada semua kenderaan kecuali kakitangan penting dan perintah berkurung sudah pun berkuat kuasa.

    Saintis iklim Universiti Princeton, Michael Oppenheimer, berkata walaupun angin Nicole membawa kerosakan minimum, kemusnahan yang dialami adalah lebih teruk berikutan paras air laut meningkat akibat perubahan iklim.

    “Banjir pantai yang lebih tinggi, mengalir lebih jauh ke kawasan pedalaman, dan selepas ini, peristiwa yang pernah berlaku sekali dalam satu abad di negeri itu akan berlaku hampir setiap tahun di beberapa tempat,” katanya. – AP

    Rumah roboh selepas Ribut Nicole membadai Pantai Daytona, Florida kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...