Thursday, May 9, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Rumah rosak ditimpa pokok tarap

    Oleh Syahmi Hassan

    TEMBURONG, 6 JULAI – Bahagian garaj sebuah rumah mengalami kerosakan apabila ditimpa sepohon pokok tarap yang tumbang di Kampung Kenua, Jalan Temada, Temburong, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), enam orang anggota berserta sebuah jentera dari Balai Bomba Rataie dengan diketuai oleh ABK 640 Christopher Jacklane bin Dawat telah dikerahkan ke tempat kejadian. Anggota bomba mengambil masa 45 minit untuk memotong dan mengalihkan pokok tersebut yang mempunyai kepanjangan 10 meter dan garis pusat 20sm, menggunakan tiga gergaji rantai.

    Tidak ada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku semasa kejadian tersebut.

    Turut hadir di tempat kejadian ialah Pemangku Ketua Kampung Lepong Baru, Ambol anak Bakit.

    JBP dalam kenyataannya menyarankan orang ramai untuk mengelakkan menanam pokok terlalu dekat dengan rumah dan amalkan penjarakan bagi penanaman pokok-pokok tersebut. Pokok merupakan elemen yang penting bagi manusia dan haiwan akan tetapi ia juga boleh mendatangkan kemudaratan dan risiko kepada sekeliling seperti pokok tumbang yangboleh mengenai rumah semasa cuaca tidak menentu.

    JBP juga menyarankan agar pokok-pokok yang ditanam mesti sentiasa dijaga dan diawasi serta dipotong (trimming) sebelum keadaan menjadi tidak terkawal. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak meletakkan kereta berdekatan dengan pokok-pokok besar kerana ditakuti perkara tidak diingini berlaku.

    Anggota bomba dan penyelamat berusaha mengalihkan sepohon pokok tarap yang tumbang di Kampung Kenua, Jalan Temada, Temburong, baru-baru ini. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...