Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Rusia tiada kaitan dengan kenaikan harga tenaga

    MOSCOW, 8 MAC – Rusia tidak mempunyai kaitan dengan kenaikan dan harga bahan tenaga yang tidak menentu di pasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Rusia Alexander Novak pada Isnin lapor Xinhua.

    Eropah menggunakan kira-kira 500 bilion meter padu gas setahun dan 40 peratus datangnya dari Rusia, katanya dalam satu kenyataan yang turut menyifatkan negara-negara di Eropah sebagai “rakan kongsi yang boleh dipercayai.”

    Syarikat gergasi industri gas Rusia. Gazprom memenuhi sepenuhnya kewajipan kontraknya untuk membekalkan gas ke Eropah, tegas Novak.

    Rusia menyediakan kira-kira 30 peratus daripada penggunaan minyak Eropah dan merupakan pembekal terbesarnya.

    Novak berkata Rusia sudah memenuhi sepenuhnya semua kewajipannya, minyak dan produk minyak sedang dihantar ke pasaran Eropah seperti dirancang. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...