Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Rusia umum pengunduran baharu tentera

    MOSCOW, 17 FEB – Moscow hari ini mengumumkan pengunduran lebih ramai tentera dari sempadan Ukraine ketika Washington menegaskan Moscow masih menambah tentera untuk serangan ke atas jirannya.

    Selepas mengumumkan sebelumnya mengenai pengunduran pada awal minggu ini, Amerika Syarikat, NATO dan Ukraine semuanya berkata mereka tidak melihat bukti tentang pengunduran.

    Kementerian pertahanan Rusia berkata unit-unit daerah tentera selatan yang menamatkan latihan taktikal di padang latihan di semenanjung Crimea akan kembali dengan kereta api ke pangkalan tetap mereka.

    Televisyen kendalian kerajaan menunjukkan perkakasan tentera melintasi jambatan yang baru dibina menghubungkan semenanjung ke tanah besar Rusia.

    Secara berasingan, kementerian pertahanan berkata ‘unit kereta kebal daerah tentera barat mula kembali ke pangkalan tetap mereka’ selepas menyertai latihan.

    Ia tidak menyatakan di mana pasukan itu telah dikerahkan tetapi berkata mereka akan diangkut dengan kereta api kira-kira 1,000 kilometer ke pangkalan mereka.

    Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Eropah telah menafikan, bagaimanapun, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, berkata jika terdapat sebarang penarikan balik bermakna tentera Rusia sebenarnya melakukan penggiliran. – AFP

    Gambar serahan Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan kereta kebal Rusia dibawa ke platform kereta api untuk pulang ke pangkalan mereka selepas latihan di Rusia. Rusia berkata ia mengembalikan lebih ramai tentera dan senjata ke pangkalan kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...