Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sabah sumbang 30 enjin sangkut, bot kepada PDRM

    KOTA KINABALU, 23 MAC – Kerajaan negeri Sabah hari ini menyumbangkan 30 enjin sangkut dan bot kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu memudahkan pasukan berkenaan menjalankan operasi ketika berlaku banjir di negeri ini.

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata bot-bot berkenaan akan digunakan oleh anggota polis semasa operasi menangani banjir di 10 daerah di Sabah yang dikenal pasti sering dilanda banjir.

    “Kita berharap sumbangan ini dapat membantu melancarkan lagi operasi pihak polis ketika berhadapan situasi banjir di Sabah dan ini adalah komitmen kerajaan dalam membantu pasukan keselamatan khususnya polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan enjin sangkut dan bot berkenaan di sini hari ini.

    Pada majlis itu Hajiji turut menyerahkan bendera negeri Sabah serta sumbangan kepada peserta ‘Everset Expedition 2022, Journey To The Top Sabahan’ dan menyaksikan penyampaian sumbangan daripada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) kepada waris perwira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, pada 2013.

    Mengulas lanjut, Hajiji berkata sumbangan kepada waris mangsa itu adalah komitmen agensi kerajaan bagi membantu meringankan beban waris perwira negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara. – Bernama

    Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor (tiga, kiri) pada majlis penyerahan enam buah bot berserta enjin kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah dalam satu majli semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...