Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Saintis Rusia dituduh intip program ‘Ariane’

    BERLIN, 3 FEB – Seorang saintis Rusia dituduh mengintip untuk Moscow bagi program roket angkasa Ariane di Eropah semasa bekerja di sebuah universiti Jerman, akan dibicarakan di Munich bulan ini.

    Tertuduh, hanya dikenali sebagai Ilnur N, telah ditangkap pada Jun 2021. Isu yang terbaharu dalam rentetan dakwaan pengintip Rusia yang ditemui di Jerman pada masa ketegangan antara Rusia dan negara Barat berada pada tahap paling teruk sejak Perang Dingin.

    Perbicaraan akan diadakan pada 17 Februari, dengan 12 perbicaraan pada mulanya dirancang sehingga 8 April, kata Mahkamah Munich hari ini.

    Pendakwa raya menuduh Ilnur N telah dihubungi oleh ejen Rusia pada musim luruh 2019 atau lebih awal, ketika dia bekerja di universiti Bavaria yang tidak disebut namanya.

    Dia kemudian didakwa menyampaikan maklumat kepada Moscow tentang projek penyelidikan mengenai teknologi aeroangkasa, terutamanya pelancar Eropah, Ariane.

    Roket Ariane ialah siri kenderaan pengangkutan Agensi Angkasa Eropah yang direka untuk mengangkut muatan berat termasuk satelit ke angkasa lepas.

    Menurut pendakwa raya, Ilnur N bekerja sebagai pembantu penyelidik di jabatan sains semula jadi dan teknologi universiti Bavaria. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...