Wednesday, May 1, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Salah bangga cetak gol ke-150 Liverpool

    LIVERPOOL, 20 FEB – Mohamed Salah berkata dia berbangga untuk menjaringkan gol ke-150 untuk Liverpool ketika penyerang Mesir itu membantu memberi inspirasi kepada kemenangan 3-1 menentang Norwich, kelmarin.

    Skuad kendalian Jurgen Klopp tergamam apabila rembatan melencong Milot Rashica meletakkan Norwich di depan pada awal separuh masa kedua di Anfield.

    Tetapi Liverpool menyamakan kedudukan menerusi sepakan menarik Sadio Mane sebelum mendahului menerusi percubaan Salah.

    Salah hanyalah pemain ke-10 yang mencapai 150 gol untuk Liverpool dan kedua terpantas selepas Roger Hunt.

    Luis Diaz menjaringkan gol pertamanya untuk Liverpool dalam penampilan keempatnya sejak perpindahan Januari dari Porto untuk melengkapkan kemenangan yang mengekalkan tekanan ke atas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

    Salah telah menjaringkan 25 gol dalam 30 penampilan musim ini, termasuk 17 dalam 23 perlawanan liga, manakala pasukan The Reds itu memenangi lapan perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan.

    “Hebat rasanya. Saya sentiasa berbangga untuk menjaringkan gol untuk kelab ini dan perkara yang paling penting ialah memenangi perlawanan seperti yang kami lakukan hari ini,” kata Salah.

    “Apa yang boleh kami lakukan ialah fokus pada setiap perlawanan dan itu yang paling penting.

    “Kami tahu apabila awda bertarung dengan City, City pada kebiasaannya mereka memenangi perlawanan jadi apa yang boleh kami lakukan ialah fokus pada diri kami sendiri dan lihat apa yang berlaku pada penghujung musim.” – AFP

    Reaksi Mohamed Salah menjaringkan gol dalam perlawanan EPL antara Liverpool dan Norwich kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...