Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sam Rainsy dihadapkan ke mahkamah Paris

    PHNOM PENH/PARIS, 1 SEPT – Tokoh pembangkang Kemboja, Sam Rainsy tiba di mahkamah Perancis hari ini berhubung perbicaraan kes fitnah yang dihadapkan ke atasnya oleh pegawai atasan di negara asalnya.

    Rainsy, 73, disasarkan dengan dua aduan berasingan oleh Perdana Menteri Kemboja Hun Sen dan menantunya yang juga timbalan ketua polis negara, Dy Vichea, berhubung hantaran dalam Facebook bertarikh 2019.

    Hun Sen menentang dakwaan Rainsy yang dia dalang di sebalik kematian ketua polis negara Hok Lundy, yang merupakan bapa Dy Vichea pada 2008 akibat nahas helikopter.

    “Hun Sen membunuh Hok Lundy menggunakan bom yang diletakkan di dalam helikopternya,” dakwa Rainsy dalam Facebook.

    Pemimpin kerajaan Kemboja itu ‘memutuskan untuk membunuh Hok Lundy kerana dia tahu terlalu banyak tentang salah laku Hun Sen’, tambahnya.

    Dy Vichea telah menghadapkan kes kedua ke atas Rainsy berhubung hantaran Facebook 2019 yang berasingan.

    Perbicaraan bermula pada 2:30 petang waktu Paris dan dijangka berlangsung sehari, dengan hakim memberikan keputusan dalam masa beberapa minggu.

    Ketika memasuki mahkamah, Rainsy memberitahu AFP bahawa dia mengharapkan ‘keadilan sebenar’ daripada mahkamah Perancis.

    Luc Brussolet, seorang peguam mewakili kedua-dua pegawai Kemboja, memberitahu AFP, kelmarin bahawa dia menjangkakan mahkamah ‘dapat mencari kenyataan yang mempersoalkan memfitnah’.

    Tetapi peguam Rainsy, Jessica Finelle memberitahu AFP bahawa hakim perlu ‘menyedari bahawa ia adalah demi kepentingan awam bagi Sam Rainsy untuk mengecam jenayah yang dilakukan oleh Hun Sen semasa dalam pemerintahan diktator’. – AFP

    Jessica Finelle berjalan bersama Sam Rainsy (kiri) ketika tiba di mahkamah pada 1 September di Paris. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...