Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Sambutan Hari Kebangsaan M’sia meriah

    KUALA LUMPUR, 31 OGOS – Kemeriahan dan kehangatan sambutan Hari Kebangsaan 2022 tidak hanya dapat dilihat dan dirasai pada acara perbarisan yang berlangsung di Dataran Merdeka pagi ini malah di seluruh Malaysia.

    Semangat patriotik dan rasa teruja dapat dilihat pada segenap lapisan masyarakat dari pelbagai ceruk tanah air apabila mereka hadir untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di peringkat negeri masing-masing pagi ini.

    Ketiadaan sambutan Hari Kebangsaan secara besar-besaran selama dua tahun ekoran pandemik COVID-19 meningkatkan semangat patriotik rakyat Malaysia untuk membawa seisi keluarga termasuk anak masing-masing dari awal pagi untuk tidak melepaskan peluang menyaksikan sambutan kali ini walau di mana mereka berada.

    Terjemahan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama dapat dilihat dengan kebanjiran rakyat dan kemeriahan di setiap venue sambutan Hari Kebangsaan 2022 di pelbagai lokasi yang meriah dengan kibaran Jalur gemilang di sana sini.

    Acara kemuncak sambutan adalah pertunjukan aset udara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan aksi terbang lintas kira-kira lapan minit itu menerima tepukan, sorakan serta lambaian daripada pengunjung sebagai tanda penghargaan selain tidak ketinggalan mengeluarkan telefon dan kamera masing-masing bagi mengabadikan aksi menarik tersebut.

    Buat pertama kalinya dalam sambutan itu, segmen pertunjukan udara tidak disekalikan dengan kontinjen berjalan lalu bagi membolehkan penonton memberi fokus kepada setiap aset yang berjalan lalu seterusnya dapat menyaksikan terbang lintas hormat dan aksi pesawat di udara dengan lebih jelas dan terperinci. – Bernama

    Kontinjen MDEC bersama Maskot animasi Didi&Friends, BoboiBoy dan Ejen Ali ketika acara perbarisan dan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka pada 31 Ogos. – Bernama
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...