Thursday, May 2, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Sarawak lancar HDAS bantu golongan muda B40, M40 miliki rumah

    KUCHING, 7 FEB – Kerajaan Sarawak hari ini melancarkan Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) menerusi peruntukan RM10 juta dalam meneruskan komitmennya membantu golongan muda berpendapatan rendah dan sederhana di negeri ini untuk memiliki rumah.

    Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata melalui skim khas yang akan diuruskan Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak (HDC) itu, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan deposit sebanyak 10 peratus atau maksimum RM10,000. 

    Menurutnya peruntukan permulaan ini bakal memanfaatkan 1,200 pemohon muda dari kategori B40 dan M40 yang tidak mampu untuk membayar wang deposit kerana tidak cukup simpanan untuk membeli rumah ketika usia masih muda.

    “Ia tidak perlu dibayar balik, ikhlas dari kerajaan negeri dan hanya perlu diuruskan melalui Mutiara Mortage dan jika pemohonan layak, maka duit deposit itu akan secara automatik dimasukkan ke akaun pemohon,” katanya pada sidang media selepas melancarkan skim berkenaan. – Bernama

    Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (kiri) melancarkan Housing Deposit Assistance Scheme (HDAS) dan Program Rumah Spektra Mutiara di sini, semalam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...