Wednesday, December 6, 2023
30 C
Brunei

    -

    SEL ketengah tawaran, aktiviti menarik

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JAN – Makmal Tenaga Seria (SEL) tidak ketinggalan akan menyertai Pesta Pengguna ke-26 yang bakal berlangsung dari 11 hingga 15 Januari depan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dengan tawaran, permainan dan aktiviti menarik.

    Pusat sains itu, yang merupakan program utama Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), bertujuan untuk menyokong pertumbuhan pendidikan STEM melalui pengalaman pembelajaran interaktif yang mendalam.

    Antara yang akan diketengahkan semasa acara lima hari itu ialah pencetak 3D yang merupakan sebahagian daripada salah satu program yang ditawarkan di bawah Hab Inovasi SEL yang digelar i-Maker, di bawah aktiviti baharu yang digelar BioTinkering yang dijadualkan untuk dikeluarkan lewat tahun ini, dan dua aktiviti Makerspace secara langsung.

    Pengunjung juga boleh menyertai Cabaran SEL dan hanya perlu menjawab kuiz, melengkapkan pameran modular dan cabaran robot VEX untuk memenangi hadiah.

    Selain itu, pameran modular akan dipamerkan untuk menarik sekolah dan institusi berpotensi bagi menempah program jangkauan SEL yang digelar Siuknya Sains.

    Untuk mengetahui lebih lanjut, pengunjung boleh mengunjungi petak mereka di Dewan Plenari di mana mereka akan mengadakan promosi istimewa bagi tiket kemasukan ke SEL.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...